Kita juga lepak2 di tepi pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu (KTIA) yang mana merupakan lapangan terbang terbesar, tercanggih, termoden, tercantik dan terpanjang di Gong Badak.
Masihkah kamu semua ingat wahai geng2 sejati ku?
Tapi malang sekali, adik-beradik Aiman tidak dapat turut serta ketika suasana kecoh itu berlangsung, atas sebab2 yang tidak boleh dimaklumkan di sini, terlalu rahsia dan confidential kata omputih, tahap kerahsiaannya melebihi tahap rahsia organisasi risik dunia, termasuklah CIA, FBI, SUHAKAM, dan JPJ.
Pemandangan pagi itu cukup indah, kita disajikan dengan aksi jentolak yang sedang slow2 menambak laut, serta aksi tangkas pakcik2 comel memancing sotong, udang serta ikan Yu.
Kita juga dihidangkan gelagat manja beberapa orang lelaki tampan lagi gagah, menyorokkan selipar gadis2 sepi yang sedang asyik dan leka dibuai angin pantai yang ketika itu sungguh nyaman dan bertiup sepoi2 bahasa Melayu.
Cukup indah pemandangan pagi itu, sehingga membuatkan kita semua hepy. xgitu rakan2?
Lihat sahaja gambar ini, sebagai bukti alangkah serunuknya kita.
Memang xdapat dilupakan langsung saat-saat indah selipar "gadis2 sepi" tu disorokkan..terima kasih la kepada korang bertiga sebab turut sama berkomplot...;D...hahahaha(evil laugh)
ReplyDelete